Monday, May 11, 2009

KUIH SRI MUKA



Heheh.. takdok skill ler ambik gambar. Kalau tutup flash kan..gelap sangat.
Kuih nih buat pagi semalam. Guna satu cawan pulut jer.. tapi resepi atasnya k na buat sama ngan yang resepi asal.. nk makan byk yg atas lah ni:D. Buruk ler k na potong kuih tu.. takdok skill.. potong masa tgh panas sebab nk bagi yanie bawak bekal... alih2.. tak bawak pun.. rupanya puasa..huhu .. apa daaa yanie ni :D

Ni copy dr resepi k liza punya
Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalma loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..

Asam Gumpal Lagi



buat asam gumpal lagi..Kali ni elok sikit dari yg dulu :D
Kalau nak resepi dia leh ambik kat sini.

Tuesday, May 5, 2009

BBQ FAMILI

Sebab cuti jumaat hari tu (1 MEI 2009), so.. k na ambik cuti 30, ngan 4 hb sekali.
Masa hari sabtu... kitaorang buat bbq. Plan bukan main.. semua datang lepasa zohor, dekat masjid terapung... alih2..dekat nak asar baru semua sampai.. Hari pun dah nak hujan. So..terpaksalah tukar plan.. buat kat rumah Kak Jah (kakak no 2).



Dari kiri.. P ( anak buah), ila (anak buah), dah ( kakak no 3), kak lis (kakak ipar) n caca :D


Dari kiri.. mak tahar ( abang no 5), abang nizar ( abang ipar) n k jah

MENU-MENU

1) Puding Pelangi


Yang kaler merah tu.. k na letak sirap ros, kaler kuning.. letak perasa jagung, yang hijau tu..kaler jer , takder perasa..besh2 :D

2) Puding Roti



Lupa nak snap yang dipotong. Puding roti tu tengah lapisan dia ada letak buah2an koktail. Lepas tu makan ngan sos kastad (Lupa nak snap gak).

3) Ayam diperap tiga rasa.. garam kunyit, rempah n black paper.


nih versi garam kunyit.. tambah serai, halia n bawang putih.



ni plak versi rempah.. letak ketumbar, jintan manis, jintan putih, halia, madu, sos tiram, bawang putih n bawang merah.


versi black paper lak.. letak black paper, sos black paper, bawang putih, madu , sos tiram.

4) Mee goreng.. lupa daaa nak snap.. mee goreng nih.. k jah yang buat :D


Dah yang setia memanggang ayam.. Acik duk posing tepi tiang :D... Para tu... tang tu nak bakar.. tang tu jugak baru nak buat. Dihasilkan oleh dua hero iaitu mak tahar n abang nizar :D


yang baju puprle tu.. mak k na... :D

Sunday, April 26, 2009

KETUPAT SOTONG



Bahan-bahan

6 ekor sotong - saiz sederhana
1/2 cawan pulut
1/2 biji kelapa - diperah santan
1 sudu kecil halba
2cm halia - mayang halus
2 biji bawang merah - mayang
garam dan gula secukupnya
6 batang lidi/buluh satey yang dipotong serong(tajam) dan pendek (lbh krg 3 cm)
Cara-Cara

1. Rendam pulut bersama 1 cawan santan dan sedikit garam selama 21/2 jam.
2. Sotong dibersihkan, dibuang dakwat dan kulit nipisnya. Kepala sotong tidak dibuang sebab nak tutup lubang sutung, tak nak bagi pulut keluar.
3. Sumbatkan pulut yang sudah direndam ke dalam sotong ( tak sampai separuh), kemudian sumbat kepala dia dan dicucuk dengan lidi.
4. Masukkan santan, halia, halba, bawang dan sotong. Masukkan garam dan gula secukup rasa..nyum.. nyummm :D

KEK COKLAT KUKUS



Kek coklat ni.. bukan jenis kek coklat basah. Rasanya taklah manis sangat.. so, bila letak topping tu... rasanya jadi sedang elok lah.

250 gram butter
2 cawan gula halus
1 tin susu cair
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Cairkan butter dlm periuk, kemudian masukkan susu cair, esen vanilla dan gula. Kacau perlahan hingga semua hancur dan sebati. Kemudian tutup api dan biarkan adunan suam. Selepas itu masukkan telur yg telah dipukul dahulu kedalam adunan. Satukan dan ayak tepung, koko, baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian campurkan semua bahan kering kedalam adunan tadi. Kacau sebati hingga rata kemudian kukus selama 1 1/2 jam.
(Acuan hendaklah di sapu minyak kemudian di lapik dengan kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan kek dari acuan nanti. Tutup tudung pengukus dengan kain supaya air tak menitik dalam kek.

Topping:
Bahan2
1 1/2 cawan susu segar
coklat masakann secukupnya

Cara2

Satukan dalam periuk... kacau sehingga semua coklat cair. Ratakan menutup kek selepas kek sejuk. Hiasakan ikut citarasa.. Strawberry tu sebenarnya action jer :D... lepas dah snap.. kutip balik.. basuh.. pastu blend ngan susu... jadilah strawberry shake.. heheh

Wednesday, April 22, 2009

ROTI JALA



2 hari lepas makan roti jala officemate bawak. Tak cukuplah beb.. sikit sangat..so, malam tadi buat kari.. pagi ni..cuma menjala jer :D

(Dapat 30 biji- k na jala besar2)
Bahan-bahan:
3 cawan gandum
3 cawan susu segar- nak letak santan pun boleh.. tapi kat rumat takder peti ais.. so beli jer susu segar. (Ni kalau rasa kurang cair.. leh tambahkan sikit lagi susu).
1 biji telur
pewarna kuning telur
garam

Cara- cara:
Letak jer semua bahan dalam blender.. blend :D..heheh... lepas tu.. tapis untuk elakkan adunan berketul dan menyekat lubang2 acuan roti jala.
sapu kuali leper dengan sedikit minyak.. (ada orang sapu dengan daun pandan).. k na guna tisu jer..takde stok...so..leh dah start menjala.

KARI AYAM
(Snap dalam periuk terus :D- ni hasil tangan 1 rumah..hehehe..sal, k na, yanie)

ASAM GUMPAL



Buat masa cuti senin hari tu..
resepi .. main hentam jer kuantiti dia..huhu...tapi kacang tu.. k na rebus banyak..sebab kalau rebus untuk buat kuih ni jer... tak berbaloi. So, lebihan tu..pagi esoknya buat kuih kasturi. cuma tambah santan jer kat kacang tu. Kalau tengok betul2.. bentuk sama gumpal k na tak elok sangat..heheh..sebab terlebih letak air panas kat sagu tu.. so.. takleh nak gumpal elok2. belasah jer... sal kata..dah lulus ..hehehe.
ni resepi copy paste dari blog orang.. lupa daaa dari blog saper :D.

BAHAN-BAHAN:

250 gm sagu

250 gm kacang hijau

1 liter santan

2 ketul gula kabung

250 gm gula pasir

3 helai daun pandan

2 ulas bawang merah (hiris)

1 cm halia (hiris)

1 sudu kecil halba

750 ml air

250 ml air panas

Secubit garam


CARA MENYEDIAKAN:

1. Kacang hijau direndam selama dua jam.

2. Kemudian rebus bersama gula kabung. Ketepikan.

3. Sementara itu, basuh sagu dan tuskan selama setengah jam.

4. Kemudian gaulkan dengan air panas sehingga boleh diuli.

5. Gumpalkan inti kacang tadi dengan tepung dan direbus semula.

6. Untuk bahan kuah, masak santan bersama bawang merah, halia, halba daun pandan. Tambah garam dan gula.

Ni kuih kasturi.. hasil lebihan kacang semalam. Cuma celup tepung macam nak buat pisang goreng tu jer :D

Monday, April 20, 2009

IKAN KUKUS SERAI



Resepi ni.. ambik dari blog kak liza. tapi dah kurang kan sikit kuantiti sebab guna sekor ikan... ikan bawal..kecik lak tu.. makan 2 orang jer ngan housemate :)
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar]
Kak na guna sekor ikan bawal putih

Bahan Hiris
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
(Kak na mandai2 tambah 1cm halia)
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu]
1 s/b sos nampla [sos ikan]

hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
hirisan carrot (kak na letak sebahagian masa nak kukus)
jus limau kasturi



Cara Memasak
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau.
8. Hidangkan dengan nasi putih

-sedap!!.. sal(housemate) kata nak makan ngan air asam.. so.. buat air asam sekali..
ambik resepi dari blog kak liza gak.


AIR ASAM

(ni copy dr blog k liza.. k na dh kurangkan kuantiti dia..sebab makan 2 orang jer n ikan pun sekor jer)

Bahan-bahan
Bahan A
Asam jawa [sebesar telur ayam
(direndam ? cawan air suam, buang biji)
10 cili padi kampung
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik- takletak pun.. takder stok
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi /limau nipis
Cara Memasak
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis.
5. Liamau dibelah, buangkan biji dan mayangkang halus
6. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan

Friday, April 17, 2009

AGAR AGAR ROTI PELANGI


AGAR AGAR ROTI PELANGI
[maisya](Copy Paste jer :D)
Sebenarnya nak buat agar-agar nih.. cerewet.. seba kena parut n kenal lapis2.. tapi hasilnya.. lawa n sedap. Memang puas hati.

Bahan-bahan
15g agar-agar
1400ml air
2 cawan gula pasir
38g gula batu
pewarna merah, hijau, kuning
4 keping roti
1 tin susu cair IDEAL
2 biji telur
1 biji limau kasturi, ambil jusnya

Cara-cara
1. Bahagi agar-agar kpd 2 bahagian. Masak satu bahagian dgn 600ml air hingga larut. Kemudian, masukkan 1 cawan gula pasir dan 38g gula batu. Masak hingga gula larut.
2.Tapis dan tuangkan agar-agar ke dlm 3 bekas. Warnakan tiap-tiap satu dgn pewarna yg berlainan. Biarkan keras,kemudian parut halus.(Saya tak parut haluspun.. saya parut kasar jer..)
3. Masak baki agar-agar dgn 800ml air hingga larut. Masukkan baki gula dan masak hingga larut. Tapis dan masukkan kedalam periuk lain; ketepikan.
4. Rendam roti (saya buang kerak tepi) dlm susu cair.(Saya blender lepas rendam). Pukul telur hingga sebati, kemudian tuangkan ke dlm adunan roti dan kacau rata. Masukkan air perahan limau dan kacau. Tuangkan kedalam adunan agar-agar tadi dan jerang hingga mendidih.
5. Sediakan acuan yg telah dibilas. Masukkan agar-agar yg diparut hingga menutupi bahagian bawah acuan. Kemudian tuangkan agar-agar yg suam ke atasnya, setebal 1cm. Buatlah berselang seli hingga kedua-dua agar-agar habis.
6. Sejukkan.
** Note: Saya tambah perasa pandan pada color hijau. Saya tambah essen vanilla pada roti. Pastikan agar2 lapisan bawah tidak keras sepenuhnya.. nanti takut dia tak melekat...

Thursday, April 16, 2009

Apam Pisang




APAM PISANG KUKUS
Sumber : Resipidiana

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sy guna 14 biji pisang)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam

Cara-cara :
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.